Kelas Microsoft Excel
9 Julai 2018 | Aktiviti Terkini8 Julai 2018, bersamaan hari Ahad, Pusat Internet Spaoh telah mengadakan Kelas Microsoft Excel yang diadakan di Bilik Latihan Pusat Interent (PI) Spaoh.
Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pengenalan asas kepada fungsi dan kegunaan Microsoft Excel kepada peserta.
Terdapat beberapa pengisian sepanjang kelas antaranya adalah pengenalan asas Microsoft Excel.Dalam sesi ini peserta diberi pendedahan asas kepada tujuan dan fungsi Excel.Selain itu, peserta diberi peluang untuk mengenali setiap fungsi perkakasan yang terdapat di dalam Microsoft Excel.Akhir sekali, peserta juga diberi peluang dalam mengaplikasikan Microsoft Excel dalam sesi latih tubi.Dalam sesi ini, peserta diberi tugasan untuk menghasilan lembaran perbelanjaan seminngu mereka dan perserta juga diberi peluang untuk mengira perbelanjaan mereka menggunakan “SUM” di dalam Excel.
Dengan adanya program seperti ini, pihak Pusat Internet Spaoh sedikit sebanyak dapat berkongsi sedikit ilmu ICT dan Microsoft Office kepada peserta dan secara tidak lansung objektif PI dapat dilaksanakan iaitu dengan membantu golongan komuniti setempat iaitu penduduk luar bandar dalam memperkasakan dunia digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: